Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Melayari blog - blog hari ini, Semut terbaca satu artikel dalam blog Tun Faisal. Mungkin 'posting' beliau merupakan emailsahabat dari Pulau Pinang.
Semut teringat pula mengenai satu sesi sembang petang bersama seorang sahabat baru - baru ini. Ianya mengenai poster PRK Sibu yang kebanyakkannya ditulis dalam bahasa Cina.
Kebetulan sahabat Semut pernah menjadi pemantau SPR dalam beberapa pilihanraya yang lalu. Maka, beliau ada menyatakan bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menurunkan mana - mana poster, 'billboard' atau pun sepanduk yang tulisannya (Bahasa selain Bahasa Melayu) lebih besar dari bahasa Melayu.
Adakah perkara ini benar, Semut kurang pasti. Tetapi pengalaman sahabat semut itu tidak boleh dipertikaikan kerana beliau sudah lama menjadi pemantau SPR sepanjang Pilihanraya Umum dilaksanakan.
Jadi, sekiranya perkara ini benar dan peraturan sedemikian wujud, mengapa tidak aktivis - aktivis bahasa Melayu ini memainkan peranan mereka?
Kenapa sewaktu bantahan terhadap PPSMI dahulu, mereka menjadi jaguh memperjuangkan bahasa Melayu tetapi sekarang diam seribu bahasa?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Dialog dari Filem Seniman Bujang Lapok: Bahasa Jiwa Bangsa.
inilah masalah nya kalau berjuang bahasa kerana politik
BalasPadam