Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Perumpamaan bagi tajuk posting ini dirujuk kepada keadaan semasa politik di Selangor. Pergolakan kepimpinan PKR Negeri dan persoalan mengenai siapa bakal MB perlu ditolak ke tepi.
Sekarang masa terbaik untuk Barisan Nasional menjalankan kerja - kerja dengan lebih gigih dan kuat.
Memetik kata - kata Zahid Hamidi, BN Selangor perlu melakukan usaha yang lebih drastik bagi mendapat sokongan pengundi baru dan pengundi yang telah lari daripada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu. Klik Sini untuk berita lanjut.
Bagi Semut, usaha drastik yang perlu diambil oleh BN Selangor ialah turun ke padang dan buang rasa bongkak serta ego dalam kepimpinan UMNO dan BN Negeri itu terlebih dahulu.
Buang semua sikap suka ambil mudah dan memandang remeh masalah - masalah rakyat. Baru pengundi - pengundi baru ni hormat dan mahu bersama - sama dengan mereka.
Jika masih ada pemimpin yang sombong dan angkuh, mana pengundi baru nak ikut. Turun padang selalu. Jalani kehidupan yang sederhana dan kegiatan harian perlu mengutamakan rakyat.
Laksanakan cogankata 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jangan lah pulak buat kerja semata - mata nak menarik perhatian orang atasan sahaja.
Memang hidangan sudah didepan mata, tapi baca la doa sebelum makan dulu.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Ini hanya pesanan Semut kepada diri sendiri ye. Kalau boleh diaplikasikan oleh orang lain, Alhamdulillah...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.