Selasa, Jun 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam Malaysia kini hari ini memaparkan satu artikel yang bertajuk 'Hosni ulama tak diundang Umno'.

Mereka telah menemu - ramah salah seorang Para Ulama yang baru menyertai UMNO tempoh hari iaitu Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya.

Antara lain, Fathul Bari menjelaskan bahawa kehadiran Hosni Mubarak tidak ada kena - mengena dengan majlis tersebut malah namanya juga tidak tersenarai dalam senarai mereka.

Hosni yang sebelum ini menjelaskan bahawa mereka telah ditipu untuk turut hadir ke majlis tersebut di dalam Harakah Daily. Beliau menyatakan bahawa beliau hadir bersama rakan - rakannya adalah untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Dalam ertikata lainnya, Hosni dan rakan - rakanya telah ditipu ketika menghadiri majlis tersebut.

Semut geli hati jugak bila membaca jawapan balas yang dibuat oleh Fathul Bari itu.

Jika benar Hosni dan rakan - rakannya terasa seperti ditipu, buat apa lagi mereka masih berada disitu? Angkat kaki, balik la.

Tujuan Hosni adalah untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Erk, bukankah Perdana Menteri yang menerima borang keahlian 40 orang Ulama tu dalam majlis tersebut?

Jadi, persoalan bahawa Hosni hadir untuk bertemu dengan Perdana Menteri sudah terjawab. Dia sudah berjumpa dengan Perdana Menteri. Mahu apa lagi?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Macam - macam perkara nak dipolitikkan. Hadir Majlis Penyerahan pun nak diperbesarkan ke?

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping