Selasa, Julai 13, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Negara Palastine semakin hari semakin berkecamuk dengan serangan - serangan ganas Rejim Zionis serta penindasan terhadap mereka.

Rejim Israel yang juga merupakan sekutu kuat Anwar Ibrahim ini bukan sahaja sombong dan angkuh, malah mereka juga merupakan golongan manusia yang hipokrit yang perlu dijadikan musuh utama dunia.

Namun, diantara kemusnahan serta keganasan Rejim Zionis hari ini perlu dilihat dari pelbagai spektrum untuk kita memahami mengapa perkara ini berlaku.

Pertamanya, Perpaduan diantara bangsa Palastine itu sendiri tidak wujud sejak dari awal lagi. Sehingga hari ini mereka masih berbalah. Jika tidak, masakan wujud Kumpulan Hamas dan Fattah serta pihak - pihak yang berkecuali?

Malah seluruh Jazirah Arab itu sendiri tidak bersatu hati untuk menentang kekejaman Yahudi ini.

Bayangkan sekiranya mereka bergabung tenaga dan bersatu hati menentang Zionis di Gaza hari ini? Itu belum termasuk kerjasama diantara Negara - Negara Islam disekitar Palastine dan Israel lagi.

Kedua, wujudnya sifat takut dan gentar Negara - Negara Islam terhadap Israel serta sekutu kuatnya Amerika hari ini membuatkan bantahan hanya tinggal bantahan.

Pujian harus diberikan kepada Perdana Menteri Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang secara terang - terangan menentang Amerika Syarikat. Andainya seluruh pemimpin dunia mempunyai keberanian seperti beliau, tidak mungkin tidak rejim Zionis berani bertindak sebarangan.

Bukan seperti Anwar Ibrahim yang mengutuk Yahudi hari ini tetapi esoknya tunduk memohon maaf kepada mereka.

Ketiga, kurangnya ilmu pengetahuan dan budaya ilmu dikalangan umat Islam pada ketika itu sangat rendah sehingga mereka mudah diperkotak-katikkan oleh British. Kononnya perpindahan koloni Yahudi dari Jerman itu hanya seketika. Namun hakikatnya, hari ini Israel diiktiraf sebagai sebuah Negara.

Malah, penduduk Palastine pada ketika itu hanya mengambil remeh mengenai hak - hak peribumi dan masyarakat Majoriti sewaktu menerima pelarian - pelarian Yahudi itu.

Demikian diantara perkara - perkara yang menjadi faktor utama kejatuhan Palastine ke tangan Rejim Zionis.

Pendekatan yang hampir serupa dilakukan oleh sekutu kuat mereka dalam Negara kita hari ini. Mereka cuba memecah belahkan Perpaduan sesama rakyat terutama bangsa Melayu.

Malah mereka turut mencabar hak keistimewaan Melayu yang sudah sekian lama menjadi pelindung kepada bangsa Melayu di Tanah Air ini.

Mujur, orang - orang yang terdahulu sudah memikirkan kesan serta akibat yang bakal menimpa sekiranya perkara ini hanya diambil mudah. Mujur, ilmu pengetahuan dan budaya masyarakat berilmu di Malaysia sudah semakin kukuh serta berkembang dalam masyarakat.

Jika tidak, kemungkinan besar Malaysia juga bakal menerima akibat seumpama Palastine. Dijajah oleh bangsa lain.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping