Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Berikut Semut siarkan secebis dari artikel yang ditulis oleh Kickdefella:
"...Perak pernah mendahului Negeri-Negeri Melayu lain di dalam menerima Residen Inggeris. Hanya Melayu yang dapat menjamin sejarah tidak berulang lagi. Jika Melayu mahu belajar dari Sejarah.
Dan di dalam kes Perak, saya sudah mendengar kegusaran dari dari segelintir pimpinan PAS kerana DAP sudah pasti akan meletak calon Melayu untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Perak dalam PRU akan datang. Pada waktu yang sama DAP sedang memindahkan pemilih-pemilih Cina di kawasan yang mereka fikir selesa ke konstituensi lain bagi memberi ruang untuk penguasaan lebih besar oleh mereka.
Ini bererti, jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak semula maka kita bakal berdepan dengan calon Menteri Besar DAP dari keturunan Melayu. Tidak juga mustahil, DAP akan meletakkan calon-calon Parlimen dari keturunan Melayu. Apakah kita juga akan mempunyai Perdana Menteri Melayu dari Parti DAP? Bukankah DAP adalah parti yang terbesar penguasaannya di dalam Pakatan Rakyat?
Saya merasakan masanya sudah tiba untuk UMNO dan PAS menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 di atas platform yang sama. Beberapa bulan atau mungkin tahun yang ada untuk menghadapi PRU itu boleh digunakan bagi merundingkan bentuk Kerajaan yang akan dibentuk."
Satu perkara yang perlu diambil serius oleh orang Melayu hari ini, tidak kira PAS mahu pun UMNO. Jika perkara ini berlaku, ia akan menjadi igauan ngeri DAP.
Mahukah kita hanya dipergunakan oleh bangsa lain seperti yang berlaku di Negara Jiran kita? Jadikan Singapura, Thailand dan Filipina sebagai contoh.
Sepakat membawa berkat. Bersatu teguh, bercerai kita roboh.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Semut tak nak anak - anak Melayu ikut telunjuk bangsa lain dimasa akan datang. Nauzubillah...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.