Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Seperti yang Semut selalu katakan, mereka semakin hari semakin pelik. Semakin hari semakin jauh mereka menyimpang dari dasar perjuangan mereka.
Kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara kepada guru lepasan siswazah untuk berpolitik semalam disambut baik oleh pelbagai pihak terutama sekali pemimpin - pemimpin PAS.
Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengingatkan kepada guru - guru agar tidak terlalu taksub sehingga melupakan tanggungjawab dan peranan mendidik anak bangsa. Ketaksuban segelintir guru dalam berpolitik boleh menyebabkan pelajar dan anak didik mereka ketinggalan dalam pelajaran.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula mengharapkan penjelasan kerajaan mengenai kebenaran berpolitik itu bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan mengakibatkan amalan demokrasi akan menjadi sia - sia sahaja.
Idris Ahmad juga berharap agar guru - guru yang bergiat aktif dalam politik terutamanya dalam pembangkang tidak dijadikan alasan untuk ditukarkan tempat kerja.
Namun, persoalan Semut boleh pula PAS terutamanya menyambut baik perkara ini sedangkan mereka berkeras dan menolak cadangan untuk mengembalikan Perpaduan Ummah dikalangan Umat Islam dan Melayu terutamanya. Bagi mereka, kebenaran guru berpolitik adalah lebih utama dan penting daripada Perpaduan Ummah yang dituntut dalam Islam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.