Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Lawatan Semut ke blog Ruang Bicara Faisal (RBF) hari ini terserempak dengan posting yang menghairankan dan menimbulkan banyak pertikaian.
Niat ikhlas Tan Sri Rashid Hussain untuk membina masjid di Kota Bharu, Kelantan telah mendapat tentangan dari pihak Kerajaan Negeri dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
TS Rashid yang juga bekas pemegang saham RHB sebelum ini telah menyimpan hasrat untuk mendirikan Masjid Al - Hussain di Negeri Kelantan hampir menjadi kenyataan tahun lalu sekiranya tiada tentangan dari Kerajaan Negeri. Mereka telah mengeluarkan arahan agar pembinaan Masjid tersebut diserahkan kepada PMBK.
Walaupun tapak cadangan pembinaan Masjid tersebut adalah merupakan tanah persendirian dan mampu diperolehi sendiri oleh TS Rashid, namum PMBK berkeras mahu pembelian tanah tersebut melalui mereka terlebih dahulu.
Bertambah pelik apabila Majlis Pelancaran Tabung Derma Pembinaan Masjid Al - Hussain telah diadakan 14 September 2009 yang lalu dan dirasmikan oleh sendiri oleh Menteri Besar Kelantan.
Kisah selanjutnya, boleh rujuk RBF.
Pelik. Semua dah ada, Pelan, Arkitek, Kontraktor, Pekerja dan juga Perbelanjaan keseluruhan. Nak buat tabung derma untuk apa lagi?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.