"...Tepat...Kuat...Menghabiskan Duit Rakyat..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dalam portal Malaysiakini mendakwa BN/UMNO hanya memburukkan imejnya kerana menghalang, menafikan hak dan menggantung permit dua akhbar Pro Pembangkang.
Setiausahanya, Tarmizi Mohd Jam menyatakan sekiranya UMNO/BN kuat, stabil dan selamat, maka tindakan Kementerian Dalam Negeri terhadap isu tersebut adalah tidak munasabah sama sekali. Malah beliau turut menyatakan bahawa UMNO/BN hanya mencalar kepercayaan rakyat dan benar - benar dalam keadaan terdesak.
Menurut beliau lagi, kekangan terhadap media cetak sejak akhir - akhir ini adalah langkah yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan untuk menghalang fakta tepatkepada rakyat, khususnya dalam isu politik yang boelh menikam dan menghakis pengaruh UMNO dan BN.
Demikian yang dilaporkan dalam Malaysiakini.
Maka, kesimpulannya Setiausaha KAMI itu mahu menyampaikan pesanan kepada Menteri Besar Selangor agar tidak membazirkan wang rakyat dengan peruntukan sebanyak RM15juta. Kerana menurut beliau, media sedia ada pembangkang sudah cukup kuat sehingga mampu membuatkan UMNO/BN terasa tergugat.
Jadi, untuk apa lagi peruntukan RM15juta itu? Tidakkah tindakan itu juga akan mencalarkan imej pembangkang dimata rakyat kerana menggunakan peruntukan kerajaan untuk membiayai propaganda parti dan bukan untuk kegunaan rakyat?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.