Rabu, Julai 28, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Susulan kisah cadangan Bangang tahap Melampau Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mendapat bantahan dari PAS Selangor. Ahli Parlimen Pertaling Jaya Utara itu sebelum ini mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan diskaun hartanah kepada bumiputera di Selangor.

Kononnya menurut beliau, cadangan tersebut akan meningkatkan ekonomi serta daya saing dikalangan penduduk negeri selain dapat menarik pelabur luar. Malah cadangan tersebut disokong oleh Menteri Besar Selangor, si Khalid Gagap.

Hari ini, PAS tampil dengan bantahan terhadap cadangan tersebut. Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menyifatkan cadangan tersebut adalah satu langkah tergesa - gesa kerana sebarang perubahan terhadap dasar pemilikan ekuiti bumiputera memerlukan kajian terperinci terlebih dahulu.

Beliau turut mencabar agar diadakan kajian terlebih dahulu bagi membuktikan sama ada benar atau tidak pemansuhan tersebut bakal meningkatkan ekonomi negeri.

Roslan juga turut menyarankan agar kerajaan negeri tidak terlibat dengan memperkenalkan dasar yang boleh menjejaskan kepentingan bumiputera dan kaum lain di negeri tersebut. Demikian laporan dalam Utusan Malaysia Online.

Semut masih teringat isu arak yang dirampas oleh Pesuruhjaya PAS Selangor di Shah Alam dulu. Tindakan tersebut dilakukan kerana penjualan arak tersebut didalam kawasan majoritinya Melayu dan Islam. Tetapi akhirnya PAS tunduk kepada desakan DAP dan memulangkan semula hasil rampasan tersebut.

Kita lihat, bantahan PAS kali ini sampai mana. Adakah mereka akan berjaya dan hak bumiputera Selangor tidak akan dirampas? Atau adakah mereka akan jadi seperti sebelumnya?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. ni apa punya tony puang...kasi buang dipunya kerakyatan lagi baik.langsung tak baca sejarah,apa punya wakil rakyat apa dia ingat ni hong kong cakap suka2 mana khalid gagap pi nasihat sikit kau punya berua sekorni....apa lagi puak2 pas bantai le takkan nak diam aje kot....x kan sampai jentik teloo baru nak suara....umno apa lagi hentam saja le.....pkr x bolih suara nanti abg nuar kita lak meraban...xtau le apa nak jadi m,sia sekarang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping