Rabu, Julai 28, 2010


"...Sudah Ke Sedang...? Aiya, Sama Saja Ma..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pergeseran diantara SDO Pulau Pinang dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berterusan apabila LGE menuntut Nik Ali menjawab pertanyaan kerajaan negeri berkenaan gerbang Taman Botanik yang dirobohkan baru - baru ini.

LGE berkata demikian ketika sidang media di Georgetown, Pulau Pinang. Beliau juga turut menyatakan bahawa projek tersebut adalah dibawah projek kerajaan persekutuan maka SDO adalah pihak yang bertanggungjawab menjawab pertanyaan tersebut walaupun SDO menafikan pejabatnya tidak terlibat dalam projek berkenaan.

Lim Guan Eng juga turut diminta mengulas mengenai satu posting dalam Pisau.Net berkenaan isu tempat duduk yang tidak disediakan oleh SDOnya ketika Majlis Pelancaran Pembinaan Keretapi Bukit Bendera tahun lalu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana ianya 'SUDAH DIRUJUK KE MAHKAMAH'.

Lim kemudian mengesahkan yang beliau 'SEDANG DALAM PROSES' menyaman akhbar Kumpulan Utusan berkaitan isu tersebut atas kapasitinya sebagai Ketua Menteri.

Perhatikan kenyataan LGE dalam sidang media ini. Satu kata sudah dirujuk, satu lagi kata sedang dalam proses. Berapa banyak putar belit la si Khalifah DAP ni?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Cari guru Bahasa Malaysia yang sesuai untuk Lim Guan Eng ni belajar semula lagi bagus dari asyik nak menyalahkan orang.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. saudara ku sekalian,

    untuk hindari yang mungkar ini apa kata kita buat sembahyang hajat,tp jangan berimankan N.ajis...kita bukan ikut agama PAS,kita penganut islam

    tok awe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping