"...Nak Pusing Macam Mana Lagi Ye..?"
Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menasihati semua pemimpin negeri agar dapat mengelakkan daripada mengeluarkan surat sokongan yang berunsurkan perniagaan. Hal demikian ditujukan kepada semua pemimpin kerajaan, Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis Perbandaran, wakil rakyat, Exco Kerajaan Negeri, dan anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Beliau turut menyatakan bahawa tindakkan tersebut adalah bagi mengelakkan timbulnya konflik kepentingan dan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri. Demikian laporan yang dipetik dari mStar Online hari ini.
Khalid Ibrahim bagaimana pun cuba untuk menggelakkan diri dari memgaitkan insiden yang berlaku terhadap Exconya, Ronnie Liu. Sebelum ini The Star mendedahkan bahawa seorang Veteran DAP telah menyalah gunakan kepala surat rasmi Exco berkenaan untuk mendapatkan tender kerajaan.
Sehingga kini, nama Veteran berkenaan masih belum didedahkan walaupun pihak kerajaan negeri mengesahkan bahawa isu tersebut benar - benar telah berlaku. Pengakuan berkenaan telah dibuat sendiri oleh Menteri Besar Selangor dengan menyatakan bahawa siasatan keatas dakwaan tersebut sudah pun dijalankan. Malah Ronnie Liu sendiri memaklumkan bahawa ada pihak yang telah menyalah gunakan kepala surat beliau.
Dah jadi baru nak bagi nasihat ke Khalid? Rakyat nak tahu, siapa sebenarnya Veteran DAP tu. Bagitau la jika benar Kerajaan Selangor telus dan sentiasa menegakkan kebenaran. Simpan buat apa?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.