Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Demikian kritikan sinis dari Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, DatukSeri Noh Omar terhadap 'keberkesanan' pentadbiran Kerajaan PKR Selangor hari ini. Beliau berkata demikian berikutan cadangan kerajaan Negeri yang sanggip menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk promosi dan publisiti sehingga rakyat terpengaruh.
Noh mengulas kenyataan Khalid Ibrahim yang memperuntukkan dana sebanyak RM15juta bagi program penerangan kepada rakyat negeri itu. Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu yang menggunakan duit rakyat sekadar untuk menipu rakyat.
Promosi PKR itu tidak ubah seperti barang jualan yang tidak mendapat perhatian dan kurang popular.
"Barang kalau lebih iklan, barang tak berkualiti pun akan buat orang terpengaruh. Lihat saja barangan syarikat besar cukup mudah dikenali kerana belanja promosi yang besar tetapi kualiti belum tentu.
Demikian yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia Online hari ini.
Dalam isu yang sama, pro pembangkang mula membangkitkan dan membezakan peruntukan berkenaan dengan RTM. Bagi mereka, apalah sangat peruntukan sebanyak RM15juta jika dibandingkan dengan 'pembaziran' yang dilakukan oleh UMNO/BN melalui RTM.
Mereka turut mendakwa wujudnya Media - media lain seperti Kumpulan Media Prima dan Astro menghalang pembangkang dari menyebarkan agenda mereka.
Soalnya sekarang, janji lama PKR dan Kerajaan Selangor pun masih tak selesai lagi. Nikan pulak nak keluar peruntukan yang begitu besar semata - mata untuk menyebarkan dakyah - dakyah serta agenda sendiri.
Tidakkah itu merupakan tindakan yang mementingkan diri sendiri? Semata - mata untuk kuasa, bukan untuk rakyat.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.