Selasa, Julai 27, 2010

"...Tak Payah Belajar Agama....Orang Panggil Aku Ustaz Jugak..."

Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebelum ini, panjang lebar Semut tulis mengenai PAS terhadap UMNO yang didakwa meminggir telah meminggirkan para Ulama. Klik Sini.

Rentetan dari isu Perpaduan Ummah diantara PAS dan UMNO masih berlanjutan. Walaupun secara dasarnya, kedua - dua parti tersebut bukanlah tumpuan utama dalam masalah Perpaduan Ummah ini, tetapi senario semasa menjadikan ianya sedemikian.

Bagi Semut, tidak semestinya hanya PAS dan UMNO sahaja bersatu. Sebaliknya seluruh Umat Islam dan Melayu di Malaysia ini perlu kembali bersatu memartabatkan Agama, bangsa dan Negara.

Namun persepsi sempit ahli - ahli politik hanya menjuruskan kepada dua Parti ini atas sebab majoritinya ahli parti tesebut adalah dikalangan Melayu dan Islam.

Kesukarelaan Mufti Perak, Tan Sri Harusani untuk menjadi orang tengah dalam isu ini telah mendapat kritikan yang hebat terutamanya dari golongan pembangkang khususnya PAS. Pemimpin PAS dilihat sangat - sangat ekstrim apabila Mufti Perak tersebut menawarkan diri untuk menjadi perantara agar Perpaduan Ummah ini menjadi kenyataan.

Sebelum ini, Khalid Samad mengecam sesiapa sahaja yang pergi berjumpa dengan Mufti Perak itu sebagai tidak memahami perjuangan PAS dan melanggar keputusan parti. Kemudian, Pesuruhjaya PAS Selangor mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Harusani tetapi bukan untuk membincangkan mengenai isu Perpaduan ini.

Terbaru, Mahfuz Omar turut melemparkan tuduhan terhadap Mufti Perak itu dengan melabelkan beliau sebagai 'Pencacai' UMNO. Naib Presiden PAS itu berkata demikian atas dakwaan bahawa Mufti Perak itu berbohong mengenai perjumpaannya dengan Datuk Dr. Hassan Ali. Demikian yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia Online.

Bayangkan. Seorang yang dikatakan memperjuangkan agama sanggup mencaci seorang mufti tanpa sebarang usul - periksa yang jelas. Beliau hanya membuat spekulasi menurut laporan semata - mata dan tidak lansung bertemu mata dengan Mufti Perak itu terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan yang benar.

Maka, dapat dilihat bahawa pemimpin PAS juga turut melupakan Ulama dan kedudukan mereka dikalangan masyarakat. Apa bezanya pemimpin PAS ini jika mereka juga turut bersikap sedemikian?

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping