Selasa, Julai 27, 2010

"...Nak Bersatu Pun Susah Ye Datuk?...Dah Nasib Kita Tan Sri..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Isu Perpaduan Ummah terus dimainkan oleh pemimpin - pemimpin jumud dan sempit fikiran dari kalangan PAS terutamanya Yang DiPertua PAS Shah Alam, Khalid Samad. Beliau sebelum ini mendakwa bahawa sesiapa sahaja dikalangan pemimpin PAS yang pergi berjumpa dengan Mufti Perak atas dasar Perpaduan tidak memahami perjuangan dan melanggar peraturan parti. Klik Sini.

Selepas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mengakui bahawa beliau pernah berjumpa dengan Tan Sri Harusani, pelbagai spekulasi lagi yang timbul. Walau pun Hassan Ali mendakwa bahawa pertemuan beliau itu tidak ada kaitan dengan Perpaduan, namun ianya masih menimbulkan pelbagai persoalan.

Malah Mufti Perak itu dikatakan berbohong dan membuat fitnah dengan menyatakan bahawa Hassan Ali berjumpa atas dasar Perpaduan Ummah.

Maka, hari ini, Khalid 'James' Samad bertindak menjadi hero kepada Ahli PAS Selangor dengan mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor itu untuk membuat saman terhadap Harusani kerana menyebarkan fitnah. Saman tersebut sebagai membuktikan 'ketelusan dan keikhlasan' Dr. Hassan Ali kepada ahli - ahli PAS di Selangor khususnya.

Inilah yang dikatakan sempit pemikiran atau dalam bahasa arabnya, jumud. Perpaduan Ummah sesama agama, sesama bangsa pun sampai ke tahap saman - menyaman.

Perpaduan Ummah bukan semestinya antara PAS dan UMNO sahaja Khalid oi!!! Buat demi Islam dan Melayu tak boleh ke? Nak juga jadi macam jazirah Arab ke?

Fikir - fikirkan lah.

2 ulasan:

  1. Selagi puak2 anwarinas spt n.ajis, kalid gereja, mat put dan bengong2 yang lain masih ada dalam pas, selagi itu perpaduan UMNO-PAS tidak akan berlaku!!!!

    BalasPadam
  2. Bahasa baru tu bro...
    Anwarinas...Macam senioritas la ek...
    hehehehehe....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping