"...Hang Ni Tak Lama Dah Khalid. Hehehe..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya, kejaguhan Menteri Besar Selangor ini semakin hari semakin pudar. Sudah la semua isu tidak dapat dijawabnya, malah tindakkan beliau juga turut dipertikaikan.
Terpaksa merayu kepada Kerajaan Pusat pula untuk menangani masalah Negeri. Dalam masa yang sama, beliau tidak lupa juga untuk turut menyalahkan orang itu dan ini.
Berita terbaru yang Semut dengar, Khalid Ibrahim turut dipinggirkan. Tetapi yang ironiknya, bukan oleh pemimpin - pemimpin BN atau UMNO. Sebaliknya, si Khalid Gagap ini dipinggirkan oleh rakan - rakan seperjuangan beliau sendiri.
Dalam Khemah Kepimpinan PKR di Port Dickson baru - baru ini, Khalid dikatakan telah dipinggirkan oleh sesetengah pemimpin PKR dan dengar khabar turut akan disisihkan tak lama lagi. Laporan dari Malaysiakini.
Alahai, nasib - nasib. Mungkin apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Zahrin dan YB Zulkifli Nordin itu benar. Khalid Ibrahim bakal disingkirkan oleh PKR seperti mana yang berlaku kepada semua bekas - bekas Pengerusi Perhubungan PKR Negeri yang lain.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Sesama dia pun beramuk. Tapi kata ada 'persefahaman'?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.