Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Agak menarik juga tulisan The Unspinner hari ini yang menyiarkan posting meneganai hubungan diantara Raja Petra Kamarudin (RPK) dengan Zaid Ibrahim Al - Araki.
Ketika mengulas mengenai kemungkinan Zaid akan disiasat, Dato' Seri Hishamuddin menjelaskan bahawa setakat ini beliau masih tidak mempunyai bukti dan laporan tentang bagaimana RPK boleh keluar negara.
Dalam laporan Imigresen pun, tidak ada menyatakan bahawa RPK keluar negara dan passportnya juga sudah ditahan oleh pihak Imigresen.
Zaid Ibrahim dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam telah ke United Kingdom untuk bertemu dengan RPK.
Jadi, persoalannya bagaimana RPK boleh berada di United Kingdom hari ini? Adakah beliau telah menaiki tongkang untuk ke sana? atau dibungkus dalam kotak dan dipos ke United Kingdom?
Persoalan bagaimana pula Zaid Ibrahim boleh tahu mengenai kedudukan RPK di United Kingdom juga perlu dipertikaikan. Jika benar Zaid Ibrahim tahu dimana RPK, maka beliau perlu memberi penjelasan kepada pihak yang berkenaan.
Persoalan mengenai tuduhan liar RPK terhadap DS Nagib dalam Isu Altantuya pun masih belum berjawab sehingga hari ini. Kata RPK, beliau boleh membuktikan penglibatan DS Nagib dalam kes tersebut. Jadi, kenapa beliau melarikan diri ke United Kingdom?
Atau adakah RPK juga merupakan anak murid kepada Anwar Ibrahim, Si Penipu Rakyat itu?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.