Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Satu kenyataan yang tidak menyebelahi fakta. Mungkin DAP perlu membaca atau mengulang semula pengajian mereka dalam sejarah perkembangan serta pembangunan negara.
Kenyataan diatas menjelaskan bagaimana DAP dangkal dalam ilmu sejarah negara Malaysia. Mungkin kerana mereka dari golongan bekas pejuang komunis, maka perjuangan serta pemahaman mereka juga tidak berapa mementingkan sejarah Tanah Melayu.
Posting hari ini adalah pautan kepada blog Tun Faisal yang menceritakan corak Pemikiran Sempit puak - puak yang kononnya 'bukan rasis' atau bahasa barunya yang popular masa kini 'Chauvinist'.
Mengapa mereka masih mahu mempertikaikan kejayaan DEB?
Semut berpendapat ianya adalah disebabkan DEB adalah hasil pemikiran bernas dan bijak orang Melayu, bukan dari kalangan bangsa mereka.
Mungkin pendapat Semut agak rasist, tetapi itulah hakikatnya.
Mereka, DAP membuat spekulasi bahawa DEB hanya menguntungkan bangsa Melayu dan UMNO terutamanya. Mereka tidak lansung melihat kepada kenyataan dan hakikat sebenar.
Inilah hasil daripada buaian mimpi Anwar yang turut mempengaruhi pemikiran golongan chauvinist DAP hari ini.
Apakah mereka mahu menidakkan kekayaan dan kejayaan Robert Kok, Raja Gula Asia? Adakah mereka menidakkan kedudukan Ananda Krishnan dalam 10 Terkaya Malaysia?
Atau adakah DAP menganggap bahawa kedua - dua tokoh itu adalah dari kalangan orang yang berbangsa Melayu?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Dengar cerita, Robert Kok pun dah pindah ke Hong Kong. Kilang Gulanya pun dah dijual dan segala harta - hartanya sudah dibawa ke sana.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.