Selasa, Julai 27, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apa lagi dolak dalih mereka selepas ni? Apa lagi wayang dan sketsa yang bakal dihadapkan ke rakyat kali ini?

Dalam laporan Utusan Malaysia Online, Jawatankuasa Kira - kira Awam (PAC) mendakwa ada kesan korekan pasir di Kampung Kenanga. Ini berikutan dari lawatan yang diadakan oleh PAC hari ini dan memang terdapat kesan - kesan pasir yang dikorek.

Pengerusi PAC yang juga ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo telah meminta Jabatan Ukur Negeri agar dapat menyiasat keluasan dan kedalaman lubang yang ditemui mereka hari ini.

PAC juga akan memanggil beberapa agensi Kerajaan bagi menbantu mencari pihak yang bertanggungjawab dalam inkuiri yang akan dijalankan pada 2 Ogos depan.

"...Lawatan pertama hari ini mendapati ada sekurang-kurangnya lima lubang pelbagai saiz yang wujud kesan korekan pasir dan pagar di kawasan itu juga telah diceroboh..."

Pemilik tanah berhampiran dengan kawasan kejadian memaklumkan aktiviti lori yang sering keluar masuk dikawasan tersebut juga sudah tiada dan tidak seperti sebelumnya. Beliau berkata, sebelum ini kelibat lori yang keluar masuk selalunya berlaku dalam jam 2 atau 3 pagi.

Namun selepas mendapat liputan media, aktiviti tersebut terus terhenti dan tidak ada lagi kelibat lori mahupun jengkaut dikawasan berkenaan.

Apa lagi la putar belit LGE lepas ni ye? Siapa pula akan jadi mangsa dan sasaran beliau berkenaan isu ini?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping