Sabtu, Julai 31, 2010

Assalamualaikun dan Salam 1Malaysia.

Apa yang nak dibuktikan oleh Ketua Pemuda UMNO ni sebenarnya? Penjelasan apa yang dia tak faham lagi? Jadi wakil rakyat tak boleh fikir sendiri ke?

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengarahkan agar semua penjawat awam menulis surat dan melaporkan kepada ketua mereka JIKA terdapat sebarang 'permintaan istimewa' dari mana - mana ahli politik. KSN juga turut menyatakan surat sokongan yang dikeluarkan oleh mana - mana ahli politik tidak seharusnya dalam apa cara sekalipun mempengaruhi dalam keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Tetapi Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah meminta penjelasan dari KSN terhadap arahan tersebut. Beliau menyatakan bahawa arahan tersebut seolah - olah mengambarkan wujud penyelewengan dan salah guna kuasa dikalangan wakil rakyat.

Beliau juga turut berkata bahawa surat sokongan mana - mana wakil rakyat perlu bagi menarik perhatian pihak berkenaan untuk menyelesaikan isu serta masalah rakyat. Baca Utusan Malaysia.

Alamak. Apsal la Ketua Pemuda UMNO ni tak paham bahasa. Kalau setakat keluar surat semata - mata nak bantu menyelesaikan masalah rakyat, baik tak payah ada wakil rakyat. Buat surat je jadi la. Apa guna jadi wakil rakyat?

KSN mengeluarkan arahan itu dengan perkataan JIKA. Tambahan pula, memang dah wujud pun penyelewengan dan salah guna kuasa dengan adanya surat sokongan tu. Tengok apa yang berlaku kepada DAP Selangor sekarang ni. KSN merujuk kepada perkara itu la.

Lagi satu, sepatutnya nak menyelesaikan masalah rakyat, wakil rakyat la pergi buat. Setakat keluar surat, baik tak payah. PM suruh wakil rakyat turun padang, mendekati rakyat. Bukan suruh buat surat.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping