Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam laporan akhbar Berita harian hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan tuduhan SDO, Nik Ali berkenaan isu tempat duduk. Rentetan 'Perang Mulut' diantara LGE dan SDOnya bermula dari sesi maki - memaki Ketua Menteri tersebut yang menyatakan bahawa SDOnya tidak menjalankan kerja dengan cekap dan kurang profesional.
LGE mendakwa Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah termakan fitnah yang dilakukan oleh Nik Ali. Nik Ali sebelum ini menyatakan bahawa punca kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bermula dari insiden di Bukit Bendera kerana beliau tidak menyediakan kerusi untuk LGE.
Ketua Menteri itu juga diminta untuk menghentikan tuduhandan mencari salah orang semata - mata. Ia hanya akan mewujudkan ketidak selesaan dikalangan kakitangan Kerajaan agensi yang berkaitan. Malah ia juga menjejaskan imej seorang Ketua Menteri yang jelas tidak dapat menyelesaikan masalah di Negerinya sendiri.
Namun bukti yang diperolehi dari beberapa laman blog dengan jelas menyatakan bahawa Ketua Menteri itu menipu. Lihat Video dibawah.
Blog - blog berikut turut menyiarkan video yang sama. Pisau.net, Darul Ehsan Today, dan UMB Permatang Pauh.
Apa faedahnya tuduhan LGE terhadap SDOnya ini? Semata - mata untuk merendah - rendahkan kredibiliti Pegawai Kerajaan? Atau kerana SDOnya berbangsa Melayu dan merupakan Pegawai Kakitangan Kerajaan Pusat?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.