Selasa, Julai 27, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apa yang PAS dah buat di Kedah ni? Adakah mereka juga mahu menjadi DAP di Pulau Pinang? Tindakan mereka merampas hak penduduk di Kuala Muda baru - baru ini menimbulkan banyak persoalan.

Dalam laporan Wilayah, Berita Harian hari ini, mengisahkan bantahan hampir 100 orang penduduk terhadap keputusan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Muda yang meluluskan tanah yang didiami mereka sejak puluhan tahun lalu kepada syarikat milik kerajaan negeri.

Penduduk yang kecewa dengan keputusan tersebut mendesak agar Kerajaan Negeri menarik balik keputusan dan hak tanah tersebut kepada syarikat Permodalan Kedah Berhad (PKB) sebelum ianya dimajukan.

PKB juga dilaporkan telah memungkiri janji kerana sebelum ini mereka telah berjanji akan bertemu dengan penduduk terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil.

Berita penuh, baca disini.

Jika sebelum ini, Semut dengar beriya - ia mereka mempertahankan dan bangga dengan tindakan pemberian geran tanah kepada penduduk di Perak yang kononnya telah mendiami kawasan tersebut selama 50tahun dengan hanya mendapat Lesen Penempatan Sementara (TOL).

Jadi kenapa pula mereka hendak mengambil tanah di Kedah ini? Itu belum lagi kita dapat penjelasan dari mereka berkenaan isu Kampong Pokok Asam lagi.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping