Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut ingatkan dah habis kes mengenai penyelewengan guna surat sokongan ni. Ingatkan Tee Boon Hock sahaja yang sangkut, tetapi masih tidak disahkan bersalah. Sampai hari ini, masih tidak tahu siapa sebenarnya yang dimaksudkan.
Hari ini, dolaporkan ada lagi ahli MPK yang turut menjalankan aktiviti yang sama. Tetapi gambaran yang diberikan kali ini perempuan. Sebab surat yang dikeluarkan dikatakan diguna oleh syarikat suaminya. Kalau dulu DAP, yang ini dilantik dibawah tiket PKR untuk penggal kedua tahun ini.
Sejak tahun lalu dilaporkan beliau (Ahli Majlis MPK tu la) sudah mengeluarkan 4 surat sokongan mendapatkan kontrak pembersihan dibawah jabatan Kejuruteraan, Taman dan Rekriasi, Alam Sekitar, Penilaian dan Pengurusan Harta. Syarikat yang didakwa milik suaminya itu baru didaftarkan dengan SSM sejak tahun 2008.
Wah, dahsyat. Baru setahun jadi ahli majlis, dah pandai cari projek. Lagi nak tuduh orang lain ye. Heran manusia ni. Agaknya mereka fikir: Orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? Alang - alang ada kuasa, baik guna. Takde esok, menyesal. Itu Semut agak la kan.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.