Ahad, Ogos 08, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ahlan Ya Ramadhan. Tajuk posting Semut hari ini diambil dari tajuk berita dalam Mungguan Malaysia. Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak berharap dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapat merapatkan ukhwah dan perpaduan dikalangan umat Islam.

Beliau berkata, sekiranya umat Islam benar - benar menghayati hikmah bulan yang mulia ini, Insya Allah, mereka akan bersedia menghilangkan sifat sombong, angkuh dan bongkak serta ego masing - masing. Hanya orang yang tidak faham sahaja yang akan kekal dengan sifat tersebut.

Harussani juga mengingatkan umat Islam dinegara ini agar tidak menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan pesta makanan. Kebanyakan umat Islam di Malaysia tidak menjadikan bulan yang mulia ini sebagai bulan yang membentuk manusia menjadi insan yang bertaqwa, berasa syukur dan menginsafi kelaparan golongan orang yang miskin tetapi terlalu banyak makan.

Sesungguhnya, umat Islam dituntut agar mereka bersatu dan mengeratkan tali persaudaraan keran ianya adalah tuntutan syariat. Kerana itu juga, solat lima waktu dituntut agar dijalankan secara berjemaah untuk meningkatkan silaturrahim dan kasih sayang sesama saudara Islam.

‘‘...Kita wajib patuh kepada Allah kerana Dia Yang Maha Esa.
Apa sahaja yang diperintah, wajib kita taati dan apa yang
dilarang harus dijauhi, semuanya untuk kebaikan Islam..."

Demikian yang dinyatakan oleh beliau dalam Mingguan Malaysia.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping