Ahad, Ogos 08, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau ianya berkaitan agama dan bangsa, dari dulu Semut lihat mereka boleh bersetuju. Kecuali isu Kalimah Allah yang melihatkan mereka bercanggah pendapat. Tetapi pendekatan terbaru ini membuktikan bahawa secara kasarnya ada perkara yang mereka sama - sama setuju.

Semalam dilaporkan Presiden PAS Pusat, Haji Hadi Awang menyatakan bahawa hak Melayu dan Bumiputera perlu dikekalkan. Bagi beliau, hak Melayu dan Bumiputera ini sahaja cara dan kaedah untuk membantu masyarakat serta bangsa Melayu itu dari dibelenggu kemiskinan.

Beliau yang diminta mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata kaum Bumiputera dan Melayu berhak keatas keistimewaan tersebut.

Hari ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengingatkan Tony Pua dan sesiapa sahaja dalam DAP agar tidak membuat apa - apa tindakan mendahului Majlis Mesyuarat Pakatan Pembangkang. Ia hanya akan mencetuskan kontorversi apatah lagi jika ia menyentuh kepentingan Melayu dan Bumiputera.

‘‘...Walau apa pun kenyataan Tony ini adalah kenyataan peribadi beliau
dan bukan mewakili suara atau kenyataan pakatan pembangkang.
Sama jugalah seperti kenyataan Karpal Singh berkait dengan isu
negara Islam,’’ katanya...

Demikian yang dilaporkan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Jelas, kenyataan tersebut membayangkan bahawa pakatan pembangkang ini tidak mempunyai persamaan. Malah pendapat sama ada ianya secara peribadi atau tidak sangat bertentangan diantara satu dengan yang lain.

Renungkan, seandainya Melayu dan Islam bersatu. Berani lagikah si Tony Puaka dan si Karpal Singki Pecah itu bersuara dan mempersoalkan perkara seumpama ini?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping