Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tak puas lagi agaknya si Khalifah DAP merangkap Father Joseph Pulau Pinang ni ye. Cabaran beliau sebelum ini tidak mendapat sambutan, maka beliau menyambung agenda menperkotak - katikkan SDOnya.
Dakwaan terbaru beliau mengenai Pejabat SDO yang kononnya kotor, bersepah, siling serta dinding pecah, wayar berjuntai dan perabot ditinggalkan. ADUN Komtar menjelaskan Ng Wai Aik mendakwa pejabat tersebut pernah digunakan oleh SDO, Nik Ali sebelum ini bagaikan sebuah tempat pembuangan sampah.
Walaubagaimana pun dakwaan tersebut disangkal oleh Pisau.Net yang menyatakan bahawa pejabat tersebut memang kosong. SDO yang telah berpindah ke Pejabat baru di Boustead dan Bayan Lepas telah menggunakan semula kebanyakan kelengkapan dari pejabat lama.
Apa yang digambarkan oleh ADUN Komtar itu adalah sebuah tinggalan atau bilik kosong. Bukan lah menggambarkan bahawa SDO serta warga kerjanya pengotor. Semata - mata nak mengaburi mata rakyat dan memburuk - burukkan orang lain je. Tak de kerja lain ke?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.