Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Rupanya masalah tahanan pendatang tanpa izin yang lari dari kem tahanan ni bukan lah isu baru. Ianya sudah banyak kali berulang. Patutlah Menteri Dalam Negeri marah pada Pegawainya.
Hari ini, Datuk Seri Hishamuddin memberi kata dua kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KSU) Datuk Seri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Imigresen (KPI) Abdul Rahman Othman berhubung insiden 20 tahanan yang lari semalam. Beliau berkata jika insiden ini berlaku sekali tidak mengapa. Tetapi apabila ianya berulang - ulang pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Beliau mahu KSU dan KPI mengambil tindakan terhadap pegawai yang bertugas pada ketika insiden itu berlaku dan menjalankan siasatan yang sewajarnya. Tindakan tegas juga perlu diambil agar insiden tersebut tidak berulang lagi dimasa akan datang.
Walaupun beliau akui depot tahanan itu mempunyai kekurangan, tetapi ianya bukan lagi alasan sehingga tahanan tersebut boleh melarikan diri. Demikian yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia Online.
Betullah tindakan yang diambil oleh DS Hishamuddin tu. bukan sorang dua yang berjaya lari. 20 Orang!!! Takkan la pegawai yang bertugas tu tak nampak lansung pergerakan mereka? Askar ke apa yang lari tu?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.