Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut baca blog Dari Kedah Ke KL baru ni dengan postingnya bertajuk: Hassan Ali Tersepit Antara Pendirian atau Parti. Bukan hanya Hassan ali, tetapi Semut percaya semua pemimpin di Malaysia terutamanya Melayu dan beragama Islam. Sama ada dia nak kata dia Melayu sahaja atau Islam sahaja, itu terpulang.
1. Semut nak nyatakan disini bahawa pandangan atau persepsi parti lain terhadap UMNO sebagai Parti orang Melayu sahaja adalah salah sama sekali. Kalau kita lihat dalam UMNO tu ada Cina, India, Iban, Bajau Laut, Siam, Bugis, Jawa dan sebagainya. Jadi UMNO bukanlah Parti untuk orang Melayu sahaja.
2. Memang benar UMNO memperjuangkan hak keistimewaan Melayu selama ini. Kepada yang mempertikaikan hak tersebut, lantak dialah. Kepada yang tidak tahu apa isi Perlembagaan Persekutuan 153 Hak Keistimewaan Melayu, baik pergi belajar dulu. Dalam tu dah terang dan nyata apa yang UMNO pertahankan. (Sebab mereka cerdik, pandai cari maklumat dalam Internet kan).
3. Sesiapa sahaja yang jadi pemimpin, sama ada dalam PAS mahu pun UMNO tidak ada yang tidak mahukan Perpaduan Ummah. Kalau ada sila bagi tahu Semut nama pemimpin tersebut. Tinggal lagi tidak ada apa - apa pendekatan yang dibuat bagi merealisasikan Perpaduan Ummah ini. PAS kata UMNO tak ikhlas, sekadar mahu sokongan pengundi Melayu, ada agenda tersembunyi. Terus terang Semut katakan, dah menyampah dengar alasan - alasan begini.Lame Excuse kata orang putih.
4. PAS kata UMNO kena ubah dasar perjuangannya kalau mahu bergabung. Mereka tidak pernah nak duduk dan berunding serta menyatakan dasar apa yang perlu diubah. Tapi sebaliknya, macam - macam perkara yang dilemparkan kepada UMNO.
5. Tidak pernah juga ada mana - mana pihak dari kepimpinan UMNO mahupun PAS yang tampil memberikan idea serta cadangan agar perkara ini menjadi kenyataan. Masing - masing takut dengan kedudukan masing - masing terutama sekali PAS. Kalau mereka nyatakan terus - terang, mereka takut DAP akan singkirkan mereka.
Jadi kesimpulannya, dua - dua parti harus buang rasa ego masing - masing dan tunduk kepada tuntutan syariat dalam kehidupan. Banyak perkara baik yang kita dapat sekiranya kita benar - benar mahukannya.
Fikir - fikirkan lah.
Salam Bro Semut Hitam,
BalasPadamItulah masalah parti Melayu. Mengapa harus berpegang kepada perbezaan, sedangkan masih byk persamaan. DAP dan Pas - bagai langit dengan bumi, mengapa boleh bergabung?
Kerana kuasa. Semata - mata kerana kuasa.
BalasPadamKalau mereka benar - benar mahu menegakkan Syiar Islam, kenapa tidak dengan UMNO? Itulah persoalannya.