...Gayanya Macam Gangster...Bila Masuk Mahkamah...Alahai...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semalam, usaha terdesak Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnya bertindak untuk menundakan lagi perbicaraan kes liwatnya. Tidak dapat tangguh, beliau mintak gantung. Bila gantung pun tak dapat, beliau desak agar kes tersebut digugurkan. Alasannya, Saiful didakwa ada hubungan romantis dan menjejaskan siasatan. Tak logik betul.
Dalam blog AIDC melaporkan, usaha menangguhkan kes liwat beliau, Anwar turut kehilangan sokongan sekutu kuatnya. Jika dulu, banyak akhbar - akhbar Amerika yang mempertikaikan pendirian beliau terhadap negara Israel yang dikatakan berbelah bahagi. Sekejap kata sokong, sekejap kecam balik. Macam talam dua muka.
Sebuah laman web terkemuka yang berpengkalan di Boston menyifatkan Anwar Ibrahim semakin hilang kepercayaan Amerika kerana dilihat sengaja melambat - lambatkan perbicaraan kes beliau. Dalam artikel laman web tersebut menyatakan secara sinisnya karier politik Anwar sudah sampai ke penghujungnya.
Penundaan berkali - kali Anwar terhadap kes itu menyebabkan sokongan terhadap pentadbiran DS Najib semakin bertambah kerana kredibiliti Anwar semakin dipertikaikan oleh mereka. Malah laman web itu sendiri turut bertanya, bilakah perbicaraan kes Anwar akan berakhir? Teka - teki itu juga jadi mainan dalam kepala setiap masyarakat di Malaysia.
Bukan rakyat Malaysia je yang tertunggu - tunggu. Rupanya satu dunia nak ditipunya.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.