...What? Did The Cat Catch Your Tongue???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau dulu si Khalifah DAP ini bukan main lantang mencabar UMNO membuktikan siap rakyat Pulau Pinang yang ditinda. Jawapannya sudah ada. Pak Ali.
Pejuang Ultra Kiasu itu juga pernah menyatakan pertimbangan untuk menyaman Akhbar Utusan yang didakwa memfitnah beliau yang mengeluarkan kenyataan lidah biawak terhadap SDO Negeri, Nik Ali suatu ketika dahulu.
Hari ini, giliran Lim Guan Eng pula dicabar oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Mewakili Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Penerangannya Datuk Reezal Merican hari ini menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu meneruskan hasrat menyaman akhbar terbabit. Ini kerana beliau sendiri yang menyatakan mahu mengambil tindakan tersebut.
Selain membuktikan bahawa tuduhan yang dibuat Lim Guan Eng itu benar, jujur dan ikhlas, saman tersebut juga mampu menaikkan kredibiliti Setiausaha Agung DAP itu dari terus dikatakan sebagai Penipu serta tidak hanya berpura - pura.
Malah Pergerakan Pemuda UMNO juga sudi untuk menawarkan dan membiayai khidmat peguam buat akhbar Utusan sekiranya Lim Guan Eng berkata benar dan berani mengambil tindakan tersebut. Laporan Utusan Malaysia.
Kita lihat. Adakah Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya sekadar berani berkokok atau berani mengambil tindakan yang sewajarnya? Dan, adakah Lim Guan Eng hanya berani mencabar orang tetapi dia sendiri takut dicabar?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Tunggu Apa Lagi Lim Guan Eng!!! Sahut lah cabaran ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.