Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dasar kekal tetapi perlaksanaan lemah, apa bezanya? Kalau sebelum ini sibuk pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Kerajaan Pusat yang mengatakan bahawa dasar kerajaan pusat tidak Islamik. Alasan itu sahaja dijadikan benteng untuk tidak merealisasikan Perpaduan Ummah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 Negeri Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri mengakui Kerajaan negeri Kelantan lemah dalam perlaksanaan dasar. Malah kelemahan didapati semakin longgar sejak kebelakangan ini.
“...Sudah namanya manusia jadi adalah kelemahan, tapi dasar tidak berubah, cuma pelaksanaan...” katanya kepada pemberita.
Dipetik dari laporan Utusan Online.
Pelik. Jika bagi mereka, mereka kata manusia ada kelemahan. Tetapi mereka tidak pula mahu mengakui kelemahan juga wujud dikalangan pemimpin Kerajaan Pusat yang sering mereka kutuk dengan pelbagai tohmahan. Kononnya tidak mendokongi perjuangan Islam dan sebagainya. Semut juga masih ternanti - nanti kenyataan dari PAS Kelantan terhadap isu ini (klik sini).
Namun bagi Semut, setiap manusia itu ada kelemahan sendiri termasuk Khalifah Ar - Rasyidin kecuali Baginda Rasulullah S.A.W. Namun mereka tidak berhenti - henti memohon keampunan dan keredhaan Allah S.W.T. setiap masa dan waktu.
Persoalannya, mereka sedar kesilapan dan kelemahan mereka. Sama ada PAS mahupun UMNO juga ada kelemahan masing - masing. Tetapi adakah wajar kelemahan itu hanya dikutuk dan dipertikaikan sepanjang masa?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Teringatkan kisah Saidina Umar Al - Khattab r.a ketika menjadi khalifah. Beliau pergi bertemu dengan Saidina Uthman, Saidina Ali serta Abdurrahman Bin Auf untuk kekal berada disisi beliau sepanjang waktu pentadbiran. Mereka inilah tempat menjadi rujukan bagi Saidina Umar mengenai kelemahan - kelemahan dirinya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.