Isnin, Ogos 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Berita tergempar yang Semut temui dalam Utusan hari ini. Kalau sebelum ini, macam hujan Semut dihujani tuduhan dan tohmahan. Konon kata UMNO/BN ada saham dalam masalah judi dan arak dalam Negara.

Kalau mengikut laporan ini, apa pula pendapat mereka? Klik Sini.

Kerajaan Negeri Selangor digesa untuk menutup, Semut ulang, MENUTUP terus kilang arak milik sebuah syarikat antarabangsa di Shah Alam. Sebaliknya, cadangan tapak yang lebih luas dan baru pula yang timbul.

Yang lebih menarik, cadangan itu datangnya dari Yang DiPertua PAS Shah Alam, Khalid Samad. Tapi Semut tak hairan sangat kalau cadangan itu datang dari Khalid. Kenapa? Sebab sebelum ini pun beliau mati - matian memperjuangkan agama Kristian. Apa sangat la kalau beliau memberi cadangan membina kilang arak baru di Pelabuhan Klang?

Kalau sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus kata, undi UMNO/BN dapat saham. Jangan kata yang minum sahaja yang dapat, malah turut terlibat mereka yang menyedia, menjual, membekal, membawa, menghidang juga mendapat dosa. Jadi, Ustaz Azhar perlu menambah dalam ceramah beliau mencadangkan tapak baru juga berdosa besar.

Semut sanggup buat Cd dan hantar kepada Khalid James Samad untuk beliau dengar dan mendapat pedoman agar tidak jauh menyimpang. Ini yang nak dibanggakan oleh penyokong - penyokong PAS yang kononnya mereka kata nak bina Negara Islam? Penjelasan mengenai demo yang mereka buat di Kelantan pun tak settle lagi, lagi nak mengata orang lain?

Fikir- fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Salam...Betul tu semut.Dulu masa kerajaan BN semua benda salah kini semua boleh makin banyak pulak tu..Korek pasir makin dalam,rumah urut makin bertambah,kilang arak makin besar dan banyak lagi..pening..pening..!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping