Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mungkin nama ini lebih sesuai dari nama Parti Keadilan Rakyat. Nampak gayanya, PKR yang juga dikenali sebagai Parti Kelentong Rakyat ini semakin hari semakin sikit bilangan ahlinya.
Bila Semut kata PKR ini sebagai bapa kepada Katak, ramai orang yang marah. Sedangkan inilah kebenarannya. Penasihat PKR sendiri sehingga hari ini masih belum menjadi ahli. Malah Chua Jui Meng menjadi ahli PKR tanpa syarat juga keluar MCA gara - gara tidak dipilih menjadi Menteri Kabinet dahulu.
Parti Katak Ramai ini juga turut membariskan beberapa lagi nama mereka yang kecewa kerana tidak diberikan kuasa semula dan terasa diri mereka disisihkan sedangkan sewaktu dalam Barisan Nasional dahulu mereka kaut sebegitu banyak keuntungan. Hari ini, mereka pula menuduh UMNO dan BN macam - macam.
Antara lain, Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor hari ini. Sewaktu beliau dalam UMNO dahulu, nak jadi ketua bahagian pun tak mampu kerana kredibiliti beliau bersama ahli dibahagian sering dipertikaikan. Zaid Ibrahim yang pernah menduduki kerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun demikian. Sifat megah diri, ego dan terasa diri sudah lebih baik dari orang lain membuatkan ahli - ahli UMNO muak dengannya.
Ini semua nama - nama orang yang kononnya memperjuangkan hak rakyat. Cuba tanya mereka, adakah selama mereka menjadi pemimpin dalam Barisan Nasional mereka tidak memperjuangkan rakyat? Semut agak jawapannya, sebab dasar BN tak bagi. Maka disitu sahaja boleh dinilai perjuangan mereka.
Mereka bukan berjuang untuk rakyat dahulu. Tetapi hanya semata - mata kerana kepentingan parti. Jadi apa bezanya mereka sekarang? Adakah mereka sudah insaf dan masuk pembangkang?
Mereka sendiri telah menyediakan satu silibus buat ahli - ahli PKR yang lain. Kalau tidak puas hati dengan perjuangan, boleh keluar. Sekarang dah ramai yang keluar dari PKR sendiri. Yang terbaru sekali hari ini AJK Angkatan Muda Keadilan Seremban.
Apa kata pemimpin PKR bila dengar berita macam ni? Mereka akan kata golongan ini sebagai Katak pulak. Mereka kutuk orang - orang yang dah keluar ini sebagai pengkhianat sedangkan merekalah 'role model' kepada gerakan ini terlebih dahulu. Jadi mana pendirian sebenar pemimpin - pemimpin PKR ini? Mana hala tuju mereka?
Fikir - fikirkan lah.
sbb jawapannya adalah pakatan bastard... tu je..
BalasPadam