Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
posting sebelum ini berkenaan fitnah yang disebarkan oleh orang - orang yang tidak bertanggungjawab terutama si Mazlan Aiman. Fitnah bukan sahaja tidak mendatangkan apa - apa faedah malah hanya mengundang keburukan yang sangat besar.
Ia mampu mengucar - kacirkan keharmonian manusia. Malah menjejaskan pendapatan dan pembangunan sesebuah negara.
Elok - elok pegawai pengurusan Felda boleh buat kerja, memperbanyakkan lagi peluang - peluang untuk membantu peneroka, dah kena buat kerja lain pula. Tidakkah itu membazirkan masa? Dan bukankah membazirkan masa itu amalan Syaitan?
Timbalan Pengarah Pembangunan dan Komuniti Felda, Abidin Abdul Rahman berkata pengurusan felda mengambil inisiatif untuk turun ke padang menjelaskan kepada masyarakat berhubung isu Felda bankrap. Mengakui bahawa tohmahan yang dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini mengundang kemarahan dikalangan peneroka sendiri.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menyatakan bahawa Felda telah memperuntukkan sebanyak RM500juta bagi pembiayaan pendidikan generasi muda Felda menerusi Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru.
Dah banyak yang Felda lakukan demi memastikan masyarakat Malaysia mampu berdiri diatas kaki mereka sendiri. Tapi disebabkan ada segelintir manusia yang tamak haloba dan iri hati melihat pencapaian orang lain, dengan kaki - kaki itu mereka nak tebas. Adakah orang yang seumpama ini tidak wajar jika kita samakan dengan perumpamaan Diberi Bunga DiBalas Tahi?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.