"...Aduh...Kalah Lagi..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kedegilan si Zaid Ibrahim Al Araki akhirnya memalukan diri beliau sendiri. Zaid yang sebelum ini mabuk nak berkuasa dan kembali ke pangkuan Parlimen telah dikalahkan oleh P. Kamalanathan yang boleh juga kita katakan tidak ada nama.
Beliau yang juga Ketua Pimpinan PKR Wilayah dikatakan calon PRK Hulu Selangor yang berprofail tinggi dijangka mampu mendapat kemenangan mudah. Namun beliau kecundang juga ditangan seorang yang tidak mempunyai nama.
Setelah dimalukan di Hulu Selangor, si Zaid yang masih lagi belum 'Sober' kata orang putih mula menjadi meracau dan 'meroyan' kerana tak dapat kuasa. Dalam keadaan separuh sedar aganya, dia membuat petisyen bantahan terhadap keputusan Pilihanraya tersebut. Kononnya Zaid dakwa wujud unsur -unsur rasuah serta penyelewengan pada ketika kempen sedang rancak dijalankan.
Awal bulan lalu, petisyen yang dilakukan oleh Zaid dan pasukan - pasukan peguamnya itu telah ditolak oleh mahkamah. Sementara menanti jawapan balas dari pihak Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, pasukan Zaid membuat rayuan.
Hari ini, malang juga buat si Mabuk Kuasa, Zaid Ibrahim apabila mahkamah Pilihanraya mengumumkan kemenangan P. Kamalanathan di Hulu Selangor sah. Hakim mahkamah turut menolak petisyen yang dibuat oleh Zaid dan pasukan - pasukannya.
Rasanya inilah kali pertama seorang Ahli Parlimen diumumkan menang Pilihanraya buat kali kedua. Maknanya, Zaid Ibrahim dalam sejarah Pilihanraya kalah dua kali dalam tahun yang sama. Perh!!! Malunya.
Fikir - fikirkan lah.
badigol al mereng.. tak sedo diri
BalasPadam