Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam laporan mStar Online hari ini, persoalan mengenai isu Felda Bankrap masih diulangi oleh pemberita. Agaknya mereka tak puas hati walaupun dah banyak kali bukti fizikal didedahkan. Mungkin sebab itu mereka bertanya lagi.
Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor berkata propaganda yang dibuat oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab itu hanya sekadar fitnah dan berbau politik semata - mata. Mereka dilihat hanya mahu memancing undi peneroka untuk kepentingan diri, bukan untuk peneroka itu.
Tuduhan tersebut turut menimbulkan masalah kepada felda yang dimana mereka terpaksa memberi penjelasan kepada rakan niaga diluar Negara. Mohd Yusof turut mengakui bahawa Felda pada ketika ini merupakan diantara Organisasi yang paling kukuh berbanding organisasi lain.
Itulah sebabnya umat Islam dilarang untuk menyebarkan fitnah sebarangan tanpa usul periksa. Malah dosa melakukan fitnah ini umpama membunuh saudara sendiri. Bukan diri sendiri sahaja yang rugi, malah seluruh institusi akan turut terancam.
Itu pun bagi orang yang faham dan sedar kesan yang ditinggalkan akibat fitnah ini lah. Kalau tak sedar tu, tak tau la nak kata apa.
Fikir - fikirkanlah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.