Isnin, Ogos 02, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kemelut dalaman Parti DAP Selangor kian meruncing seiring dengan isu pasir dan air dinegeri tersebut. Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin DAP.

Namun Teng, yang juga Ahli Jawatankuasa Selcat enggan memenuhi panggilan tersebut jika Pengerusinya merujuk kepada jawatan yang disandang beliau. Teng bagaimana pun sedia memenuhi tindakan Lembaga Disiplin DAP sekiranya beliau dipanggil atas dasar beliau sebagai ahli parti berkenaan.

Teng yang sebelum ini telah menghantar 'Tweet' melalui media Twitter yang berbunyi "OMG! Real Culprit Freed" telah dipanggil untuk memberikan keterangan mengenainya. Pengerusi Lembaga Disiplin DAP turut menyatakan bahawa tindakan Teng itu memberikan gambaran buruk kepada lembaga atas tindakan mereka memecat Tee Boon Hock sebelum ini.

Dalam isu yang sama, Ronnie Liu turut mendapat tempias dari isu ini. Memandangkan dakwaan salah guna kepala surat dan cop rasmi Exco yang dikatakan Ronnie Liu sendiri, Tee Boon Hock telah dipecat. Ahli - ahli DAP mendesak Timbalan Pengerusi DAP Selangor itu melepaskan jawatannya dan berundur agar siasatan dapat dijalankan dengan sempurna.

Rakyat di Selangor dan ahli DAP di Pandamaran mahu Ronnie Liu mendedahkan perkara sebenar dan tidak di tipu dengan cerita - cerita rekaan semata - mata. Desakan itu turut datang dari Timbalan Ketua Bahagian MCA Selangor, Datuk Teh Kim Poo.

Berita lanjut dalam The Star Online.

Di mana berakhirnya kemelut ini? Bila Ronnie Liu dan DAP Selangor nak mendedahkan perkara sebenar? Adakah mereka berani mengambil langkah demikian dengan tidak menipu rakyat?

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping