Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Berita terbaru ini Semut dapat dalam The Star Online hari ini. ADUN Air Hangat, Mohd Rawi bertanyakan mengenai tindakan beberapa warga asing yang dikesan membeli tanah rizab Melayu di Pulau Langkawi.
Dikatakan sebanyak 50 warga asing yang didakwa bukan sahaja membeli rumah malah tanah tersebut. Perkara ini dirujuk kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk kepastian. Mohd Rawi merujuk kepada skim 'Langkawi Rumah Kedua Ku' (My 2nd Home) warga asing hanya dibenarkan untuk membeli rumah sahaja bukan tanah.
Beliau juga turut menyatakan ada sebahagian dari warga asing tersebut juga menjadikan rumah yang mereka bina sebagai 'Home Stay' serta mengaut keuntungan.
Menteri Besar Kedah pula menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sedia maklum dengan jumlah penduduk warga asing di Pulau tersebut. Kerajaan Negeri juga menjamin agar pemantauan dibuat ke atas rumah - rumah yang dikatakan itu.
Namun agak sukar bagi kerajaan negeri sekiranya tanah tersebut dibeli oleh orang Melayu dengan kaedah 'Ali Baba'.
Semut harap jangan Langkawi jadi macam negeri lain dah la. Habis tanah Melayu dirampas dan dijarah oleh 'orang yang tidak berkenaan'.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.