Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Super Ali! Ya, Pak Ali atau nama sebenar beliau Ali Ahmad Ariff, 63 lebih berani dari pemimpin - pemimpin Melayu yang ada di Pulau Pinang. Baik mereka dari PAS, PKR mahupun UMNO sendiri tidak seberani Pak Ali.
Ianya berikutan insiden di tempat letak kereta VIP di Komtar baru - baru ini dimana Lim Guan Eng mendakwa beliau diserang oleh seseorang. LGE mendakwa bahawa lelaki tersebut keliru dan meracau - racau lalu menyerangnya dengan menepuknya dibahu.
Pak Ali hari ini mendedahkan kepada pemberita bahawa dakwaan Ketua Menteri itu tidak benar. Sebaliknya beliau sedar akan tindakan yang diambil oleh beliau pada ketika itu. Niat beliau ikhlas untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara yang sedang berlaku serta penindasan terhadap nasib orang Melayu di Pulau Pinang.
Pak Ali juga menafikan dakwaan bahawa beliau sekadar mahu mencari publisiti kerana apa yang dilakukan beliau adalah dikawasan tertutup dan bukan dikhalayak ramai. Sebaliknya beliau menyifatkan tindakan tersebut adalah wajar kerana sudah tidak mampu bergantung harap kepada pemimpin Melayu semata - mata. Mereka sendiri tidak mengambil apa - apa tindakan sebelum tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri.
Nah, Lim Guan Eng. Sudah terbukti dengan terang lagi nyata. Sebelum ini beliau cabar UMNO untuk memberikan contoh Melayu yang teraniaya di Pulau Pinang sudah terjawab. Pak Ali adalah salah seorang dari mereka yang teraniaya.
Fikir - fikirkan lah.
masih sangat tinggi budi bahasa orang-orang melayu, walau agama, bangsa dan tanahair telah pun cuba di kacau bilau oleh orang lain, kita masih bersabar dengan cuba berbincang. bandingkanlah dengan TBH yang baru saja hendak mendedahkan aktiviti kotor pemimpin DAP, dia hanya diberi satu pilihan oleh bangsanya sendiri (ikut peraturan yang tertulis dengan darah). Tetapi ada juga bangsa melayu yang tak tahu apa-apa atau melayu yang telah dibodohkan, sanggup pegang-nyalakan lilin dan hangguk, membelot agama dan bangsa sendiri, malah sanggup bersubahat menutup kegiatan jenayah pemimpin DAP. Tak ada seorang pun tok lebai apatah lagi tok garu pas atau pkr yang hendak ambil tahu, apakah rahsia kotor dap yang hendak didedahkan oleh TBH kepada SPRM??? masih beranikah nik aziz nak mengaku pas amalkan politik Islam!!!
BalasPadam