...Gambaran Kepada Sifat Superficial...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hairan bin Ajaib. Apa sebenarnya pendirian dan persefahaman diantara mereka ini, sapa pun tak tau dan tak boleh nak tafsir. Malah sesama mereka sendiripun tak boleh nak terangkan.
Kalau sebelum ini, isu Negara Islam. Dulu beria - ia benar mereka pertahankan ideologi mahu mendirikan Negara Islam di Malaysia. Kononnya pemimpin sedia ada hari ini hanya melabelkan sahaja negara sebagai Negara Islam padahal ianya pengiktirafan dunia Islam sendiri.
Tapi bila dalam pakatan mereka, Negara Islam lenyap. Orang yang mempertahankannya pulak banyak dalih. Setengah kata masih diperjuangkan, setengah kata belum dibincang, setengah lagi kata tidak termaktub dalam perlembagaan. Jadi mana satu yang betul ni?
Bila ideologi cerita pasal ideologi negara Islam ni, si Karpal Singki Pecah mula mengamuk. Dia terang - terang tolak. Langkah mayat dia dulu kalau nak tubuhkan negara Islam. Senyap sekejap mereka. Tak berjawab. Tak bersuara.
Lepas tu, timbul isu Perpaduan. Mereka tolak mentah - mentah. Malah bagi sesiapa yang pergi berjumpa dengan Tan Sri Harussani dikatakan pengkhianat kerana tidak menghormati keputusan parti dan persefahaman yang wujud diantara pakatan.
Sekarang ni, si Tony Puaka tu pulak buat cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mansuhkan diskaun pemilikan hartanah kepada bumiputera. Menteri Besar Gagap dah setuju. Tiba - tiba 'orang dari pejabat' beliau kata tak setuju. Kalau tanya mereka, sekadar pendapat peribadi. Itu sahaja yang mereka mampu nak kata?
Mereka tuduh UMNO Parti yang bersifat Kebangsaan. UMNO tidak Islamik tetapi sebaliknya mereka menerima sokongan lebih ramai golongan bukan Melayu. UMNO hanya perjuangkan Melayu sahaja tanpa mereka kenal dengan UMNO lebih rapat. Apa yang mereka lihat hanya permukaannya, bukan dasarnya. Tapi mereka berlagak lebih pandai dari orang lain.
Hari ini, Presiden mereka kata Hak Melayu dan bumiputera perlu dipertahankan. Malah presiden dia juga yang cakap, mereka sanggup memperjuangkan Melayu sekiranya UMNO tak mampu. Jadi mereka sanggup pula jadi parti yang bersifat kebangsaan sebab selama ini mereka jugak yang kata UMNO hanya memperjuangkan Melayu sahaja?
Soalnya sekarang, mereka juga mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera, sama seperti UMNO. Tak cukupkah alasan yang mereka sendiri bagi itu dijadikan sebagai titik pertemuan dan persefahaman untuk mewujudkan perpaduan? Tak jadi masalah pulak ke nanti dengan pakatan mereka kerana perkara itu jelas bertentangan dengan persefahaman diantara mereka? kita tunggu respon dari Pengerusi DAP yang sebelum ini bersemangat memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysianya.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.