"...Mere Nam...Joker..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Si Ketua Penipu ni betul - betul banyak taktik dia dalam menghadapi cabaran politik. Pelbagai kaedah yang dia dah praktikkan. Setiap kali digunakan taktik tersebut, pasti rakyat Malaysia akan terpegun dan simpati dengan beliau.
Kalau sebelum ini, keluar penjara dengan tengkuk berbalut. Nak kata patah tidak. Terseliuh la agaknya. Maklumla, tempat tido tak selesa. Padahal bilik dia macam Library, hari - hari ada buku yang orang hantar. Dalam penjara boleh siap main takraw lagi. Tapi bila masa nak keluar, berjalan pun tak larat.
Taktik hari ini, sambut harijadi di Mahkamah. Kalau dilihat dengan mata kasar, kesian la kan. Si Isteri setia membawa jambangan bunga Lili buat si Suami depan orang ramai. Bila wartawan tanya apa hajat beliau, dia senyum macam Joker dalam filem Batman.
Sambil dia memandang ke arah wartawan yang tanya dengan nada selamba si Penipu mengatur susunan ayatnya: Saya tak sambut hari lahir. Hari ini seperti hari biasa. Kalau ada pun hajat hanya satu, melihat keadilan terlaksana. (Klik Sini).
Kalau dengar si Penipu tu cakap, pasti tangkap leleh. Syahdu la kononnya.
Alo Brother, kalau betul tak sambut hari lahir, apa tengkoraknya Isteri tu bawak bunga ke Mahkamah? Tak boleh bagi kat tempat lain ke? Kenapa kena bagi depan orang ramai? Dalam kereta sebelum sampai ke Mahkamah tak boleh bagi ke? Siap makan kek depan orang ramai apa jadahnya dia kata tak sambut.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.