...Siapakah Yang Benar? Tuahkah Yang Benar, Atau Jebatkah Yang Benar???...
Makin keruh keadaan DAP di Selangor ni. Malah pelbagai persoalan masih belum terjawab dan kebenaran masih belum dijelaskan oleh mereka yang berkenaan. Rakyat masih tertanya - tanya, siapakah yang bersalah dan mengapa ianya berlaku?
Dalam laporan hari ini, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock bersalah kerana melanggar etika. Beliau mendakwa bahawa Tee didapati telah mengeluarkan lebih kurang 10 surat sokongan untuk 20 buah syarikat sejak tahun 2008 lagi. Khalid berkata demikian mengikut laporan Audit Negeri yang telah dikeluarkan.
Salah satu daripada syarikat tersebut dikendalikan oleh anak Tee sendiri telah mendapat kontrak benilai hampir RM 19, 924.90!!!. Walaubagaimana pun Khalid mendakwa bahawa Tee gagal menyatakan anaknya sebagai salah seorang Pengarah syarikat tersebut dan ia menimbulkan konflik kepentingan.
Bayangkan. Dah dua tahun buat kerja tu. Banyak mana dah agaknya keuntungan yang dia dapat? Lagi nak kata dia tidak bersalah? Kalau memerintah Negara esok entah macam mana pulak yang mereka akan buat.
Atau adakah semua ini hanya perangkap? Teka - teki itulah yang masih berlegar - legar dalam kepala rakyat yang mahukan kebenaran. Jika ianya benar, maka tidak ada bezalah DAP dengan parti - parti lain yang turut mengamalkan kronisme dan penyelewengan. Mana perginya ketelusan dalam pentadbiran mereka? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.