Isnin, September 13, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Superman Malaysia The Return! Itulah Pak Ali. Siapa tak kenal Pak Ali, insan kerdil yang berani menuntut keadilan dari Ketua Menteri Pulau Pinang dengan cara berhadapan dengan beliau. Pak Ali sebelum ini telah membuat 'Gempar' apabila pergi bertemu dengan si Ketua Menteri itu secara bersendirian kerana sudah tidak dapat menahan kemarahan terhadap tindakan Lim Guan Eng sebelum ini.

Kini Pak Ali kembali menempelak ADUN Komtar Ng Wei Aik yang kononnya memberi sumbangan kepada Masjid - Masjid di Pulau Pinang. Pak Ali kata Wei Aik hanya menipu rakyat Pulau Pinang dengan laporan akhbar tersebut. Malah kata Pak Ali, segala bil air, elektrik dan cukai dibayar sendiri oleh pihak Masjid tanpa bantuan mana - mana pihak.

Pak Ali juga mendakwa tindakan ADUN tersebut mengeluarkan kenyataan bukan sahaja menipu rakyat, malah ia juga tidak ikhlas dan tidak menggambarkan sikap sebenar kepimpinan Kerajaan Negeri. Pak Ali juga turut menggesa rakyat Pulau Pinang khususnya dari kalangan Melayu untuk bersama - sama menolak kepimpinan Pakatan Pembangkang yang dilihat semakin tidak adil. Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah mereka kerana kelak akan memakan diri sendiri.

Nah, ini juga ditujukan kepada editorial Sinar Harian. Jangan mudah mengeluarkan berita tanpa mendapat kesahihan berita tersebut terlebih dahulu. Jika tidak yang malunya bukan orang lain tetapi sebaliknya pihak Sinar Harian juga. Jangan disebabkan kerana mahu mengejar jualan yang tinggi, perkara tersebut diterbitkan secara melulu tanpa usul periksa.

Menyebarkan berita ini ada tanggungjawabnya. Dan tanggungjawab itu harus dipikul oleh mereka yang menyebarkannya. Jika ianya dibuat secara sewenang - wenang, maka kita juga yang akan menanggung dosanya nanti. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping