Sabtu, Oktober 23, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Laporan dalam Utusan Malaysia hari ini benar - benar membingungkan. Malah laporan tersebut turut dipaparkan dalam Buletin Utama malam tadi.

Diberitakan sebanyak 20 Parti baru politik dinegara ini yang masih menunggu pengesahan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk didaftarkan. Laporan tersebut menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Walaubagaimana pun, parti - parti tersebut masih belum diluluskan permohonan pendaftaran tersebut. Demikian yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah JPPM, Datuk Md Alias Kalil. Beliau juga turut mengesahkan bahawa ROS tidak akan sewenang - wenangnya membatalkan pendaftaran tersebut tanpa memberi ruang dan peluang yang cukup untuk mereka membetulkan masalah atau peraturan dalam pertubuhan tersebut.

Apa ke gila orang Malaysia hari ni ye? Berapa banyak parti politik yang mereka mahu ada? Kalau nak ikutkan manusia, banyak 'kepala'nya. Nak diikutkan semua kepala itu, mau beribu parti politik dalam negara ni nanti.

Persoalan Semut, apa sebenarnya yang diinginkan oleh setiap parti yang baru berdaftar itu agaknya ye? Mahu semua orang ikut pemahaman dan ideologi mereka sahaja ke? Kalau benar, punah lah negara. Kucar - kacir dibuatnya nanti. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping