Sabtu, Oktober 23, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO hari ini turut diiringi hujan yang lebat diluar bangunan. Manakala didalam bangunan pula, ucapan Penggulungan yang dilakukan oleh Presiden UMNO juga turut hebat dan boleh dibanggakan. Sesi penggulungan ini turut disertai oleh Naib - Naib Presiden termasuk Ketua - Ketua Sayap dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.
Antara lain yang dinyatakan oleh Ketua - Ketua Sayap adalah janji keramat mereka dalam usaha mempertahankan perjuangan Melayu dari dirampas oleh orang lain. Ketua Pemuda dan Ketua Wanita UMNO Malaysia turut menggesa agar diberi peluang kepada mereka untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Ketua Pemuda juga tidak lupa memohon agar kepimpinan dan perjuangan UMNO hari ini memberi lebih ruang kepada golongan muda menonjolkan diri.

Saranan Presiden pula sekali lagi memohon agar Melayu khususnya merebut peluang yang sedia terhidang buat mereka. Jangan disia - siakan perjuangan yang didahului oleh ayahanda - ayahanda kita terdahulu. Hakikatnya UMNO sebagai peneraju utama Kerajaan disamping komponen - komponen Barisan Nasional lainlah yang sudah banyak berjasa kepada rakyat selama ini.

Mana tidaknya, sudah 53 tahun Barisan Nasional menerajui Kerajaan Malaysia. Lihat sejauh mana negara berkembang pesat sehingga ke hari ini. Boleh dikatakan seluruh prasarana yang disediakan secara umum semuanya hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Maka tiba masanya rakyat memenuhi hak - hak mereka dan berhenti menjadi bangsa yang masih meminta - minta. Rebutlah peluang yang sudah sedia terhidang. Jangan menyesal dikemudian hari. Wallahualam.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping