Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Spekulasi mengenai pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru - baru ini masih diteruskan oleh puak - puak pembangkang. Malah mereka juga menegaskan bahawa projek tersebut hanya membazirkan sahaja.
Kononnya mereka kata 100,000 anak muda membantah cadangan tersebut. Mereka turut mencadangkan agar duit sebanyak RM5billion itu digunakan untuk perkara - perkara lain. Seperti menambahkan subsidi makanan dan sebagainya.
Soal siapa bina bangunan itu dan apa kaitan PNB dengan Kerajaan tidak pernah pula ada pihak yang menjelaskannya. Jadi Semut nak tanya, duit 5billion itu duit siapa? duit PNB atau duit Kerajaan? Menara itu siapa yang nak bina? Kenapa kenyataan seperti dibawah ini tidak lansung dijelaskan oleh mereka?
Datuk Seri Najib baru-baru ini mengumumkan, PNB akan membina bangunan Warisan 100 tingkat. Bagaimana selepas diserang dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak, beliau berkata, idea pembinaan itu bukan datang dari beliau tetapi dari PNB sendiri.
Jelas tanggungjawab mereka hanya meberi maklumat tergantung semata - mata. Kata mereka, PM mahu dirikan Menara 100 tingkat dan tindakan ini merugikan semata - mata. Itu sahaja tanpa sebarang penerangan selanjutnya.
PNB nak keluarkan duit dia sendiri, sama seperti Petronas sewaktu mahu membina Menara KLCC. PNB sudah membuat keputusan dan bertanya kepada pelabur - pelabur mereka yang Semut pasti sudah mendapat persetujuan daripada mereka. Kalau dah semua bangunan dalam Malaysia ini perlu mendapat respon dari rakyat, maka tinggal dalam rumah kayu lah jawabnya.
Lepas ini, semua rumah, bangunan kedai dan pejabat yang hendak didirikan perlu mendapat pandangan rakyat sama ada boleh dibina atau tidak. Kalau tak sampai 100,000 boleh bina dan begitu juga sebaliknya. Apa punya bodoh alasan Penasihat DAP ni pun tak tau la. Nama sahaja ahli Parlimen. Tapi kosong. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Pa punya bodoh lah DAP ini...
BalasPadamisu ini sebaiknya dari mula lagi tidak dipolitikkan.ia seharusnya diumumkan pada masa yang berbeda jauh dari sebarang unsur politik.apa yang dikesalkan adalah sikap segelintir ahli politik samada dari bn atau pr yang seboleh-bolehnya ingin mendapat laba politik dari setiap perkara.projek ini seharusnya diteruskan oleh pnb tanpa perlu mencetuskan sebarang polemik atau perdebatan.teruskan sahaja apa yang telah dirancangkan.
BalasPadamizad70. Apa boleh buat dengan pembangkang ini.
BalasPadamHabis semua benda nak dipolitikkan oleh mereka.
Tidak mustahil kalau kita buat rumah, kedai dan sebagainya nanti akan turut dipolitikkan oleh mereka.
Jelas pemikiran mereka semakin hari semakin jumud.