Khamis, Ogos 14, 2014

Ekoran tindakan dua orang ADUN dari PAS yang buat pengumuman menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor hari ini menghangatkan lagi keadaan.

Tindakan yang disifatkan "Berani Mati" itu dilihat sebagai satu tindakan yang jelas membelakangkan pendirian yang telah dibuat oleh PAS sebelum ini.

Umum mengetahui, setakat hari ini PAS masih lagi tetap menyokong kepimpinan Rejim Pakatan di Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim.

PAS Selangor terutamanya sejak dari awal lagi menolak perancangan agenda "Langkah Kajang" yang disifatkan sebagai satu Penghinaan terhadap kepercayaan rakyat.

Malah PAS Selangor sendiri juga beranggapan, Langkah Kajang yang direncanakan oleh Rafizi Ramli sebelum ini membelakangi konsensus Pakatan.

Tidak ada sebarang perbincangan yang dibuat diantara Pakatan Haramjadah tu dilakukan bagi menggerakkan idea tersebut. Maka sebab itu PAS menolak cadangan yang dibuat.

Namun, dikalangan pengiat media sosial sudah pun mula membicarakan soal pendirian drastik yang dilakukan oleh dua orang ADUN PAS tu tersebut secara umum.

Ada dikalangan mereka yang meluahkan pandangan bahawa kedua - dua ADUN dari PAS tersebut menerima habuan yang lumayan dari Si Ketua Penipu tu.

Persoalan itu timbul apabila mereka dilihat sanggup mengugut untuk bertindak keluar dari parti sekiranya PAS terus berdegil untuk menyokong Khalid Ibrahim.

Apa sebab mereka sanggup ambik tindakan sedemikian? Sudah tentu ada penyebab yang menjadi katalis utama membuatkan mereka bertindak seperti itu.

Malah, ada jugak dikalangan pengiat media sosial yang melontarkan pendapat menyatakan bahawa mereka turut ditawarkan jawatan Exco sekiranya Wan Azizah menjadi MB.

Ianya bagi menggantikan Exco PAS yang sebelum ini dilihat masih lagi kekal menyokong Khalid Ibrahim dan enggan melayan desakan dari PKR serta DAPigs.

Persoalan mengenai isu Bai'ah dikalangan pemimpin PAS juga turut dibangkitkan dan dijadikan isu utama dalam membahaskan tindakan yang dilakukan.

Sementara PAS melalui Setiausaha Agungnya menyatakan bahawa pihak mereka akan menyiasat punca dan sebab musabab berkaitan perkara tersebut.

Tetapi dalam masa yang sama, pihak SPRM juga digesa agar menyiasat kedua - dua ADUN tersebut supaya tindakan mereka itu tidak menyalahi undang - undang.

Mana la tau. Puak - puak Pakatan Haramjadah ni semuanya bukan boleh percaya sangat. Sekiranya telahan pengamal media sosial ini benar, maka tindakan perlu diambil.

Bagi pihak Khalid Ibrahim sendiri, mereka perlu membuat laporan terhadap pihak yang berkenaan agar perkara yang sama jugak dapat dilakukan. Itu pun kalau diorang berani la. Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

12 ulasan:

  1. Dua Adun PAS yang menyokong Presiden PKR telah tersilap langkah. Sekiranya DYMM Sultan membubarkan Dun, adakah kedua-dua Adun PAS tersebut akan dipilih sekali lagi oleh Parti PAS sebagai calon bertanding?

    BalasPadam
  2. Dh nmpk dh 2 ekoq pasrasit slangor,lpas ni sape lg?

    BalasPadam
  3. PIlihanraya barulah utk kesejahtraan rakyat selangor, Bagi undi pada anak jati Selangor, Tolak puak tendatang yang mau cari kekayaan dibumi Selangor.

    BalasPadam
  4. mana tahan hari2 makan MAGIE. dapat peluang BURGER...CHIKENCOP...apa lagi sapu jer lah. sikit hari BABI pun sapu...
    bab dunia...pak lebai pun lentuk. apa lagi bila dihidang dahi licin yang putih melepak. bolih melorot spenda dibuatnya. dunia...dunia....

    BalasPadam
  5. mana tahan hari2 makan MAGIE. dapat peluang BURGER...CHIKENCOP...apa lagi sapu jer lah. sikit hari BABI pun sapu...
    bab dunia...pak lebai pun lentuk. apa lagi bila dihidang dahi licin yang putih melepak. bolih melorot spenda dibuatnya. dunia...dunia....

    BalasPadam
  6. Salam Saudara , saya orang baru . Tolong share link blog saya http://bunyilaangau.blogspot.com/ .
    Terima kasih !

    BalasPadam
  7. Respek betul prinsip 2 ADUN PAS tu. Yang kutuk tu tak erti apa benda Prinsip ler.

    Ingat macam cara UMNO buat kat DUN Perak dulu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prinsip nuar berahem kahkahkah... Prinsip nak tabal bini jadi mb kahkahkah...

      Padam
    2. aku memang respek dua langau tu, respek sebab dah pandai pakai kot, serban pun dah hilang...senyum panjang nampak...jadi orang kaya barulah katakan..tu yg cakap pun confident ajer

      Padam
    3. aku memang respek dua langau tu, respek sebab dah pandai pakai kot, serban pun dah hilang...senyum panjang nampak...jadi orang kaya barulah katakan..tu yg cakap pun confident ajer

      Padam
  8. Kah kah kah kah kah...orang pakatan nak cakap pasal "PRINSIP".....kah kah kah kah kah.

    BalasPadam
  9. Anon 10.55ptg ..ko diamlah! Org Selangor nak anak Selangor jd MB, itu prinsip ler! Ko org luar DIAM! Xde kena mengena dgn kisah DUN lain!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping