...YB KJ Melawat Hospital, Tak Bising Satu Dunia Pun...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mahu atau tidak, bantah la macam manasekali pun, akhirnya mereka terpaksa akur juga. Mahu atau tidak mereka terpaksa akui jasa dan khidmat yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat.
Dilaporkan calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamad dan Menteri Besar Kelantan hari ini meluangkan masa mengunjungi Hospital Daerah Gua Musang. Tujuan mereka membuat lawatan tersebut dikatakan mahu menziarahi anak seorang kakitangan Bomba dan Penyelamat yang terlibat dalam kemalangan.
Walaubagaimana pun tidak terpalit walau sedikit pun rasa terima kasih mereka kepada Kerajaan Pusat yang telah menyediakan fasiliti seperti Hospital ini. Mereka sedikit pun tidak menghargai jasa dan prihatin Kerajaan tetapi sebaliknya hanya tahu mengutuk dan mempertikai sahaja. Yang mereka ziarah itu bukankah hospital Kerajaan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat?
Kenapa agaknya mereka yang kononnya berjaya mentadbir Negeri ini sejak sekian lama tidak membina Hospital sendiri? Kenapa agaknya mereka yang dikatakan memperjuangkan pembangunan rakyat tidak ada fasiliti seumpama ini?
Jelas hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat dan menyediakan kemudahan - kemudahan seperti hari ini. Yang mereka tahu hanya guna sahaja dan tidak pula tahu mengucapkan terima kasih. Bukankah dalam Islam kita dianjurkan agar sentiasa berterima kasih dengan pemberian orang serta menghargai jasa orang lain? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Kalau benar - benar ikhlas, tak perlu nak diwar - warkan sangat. Ini sikit - sikit bikin gempar je lebih.
Setuju benar dengan Semut Hitam..adalah menjadi tanggung jawap kerajaan membela nasib rakyatdan menyediakan kemudahan-kemudahan sepatut walaupun Pakatan Rakyat yang memerintah. Akidah yg mengatakan hanya BN sahaja yang mampu...adalah akidah sesat. Wallahualam.
BalasPadamFikir - fikirkan lah.