Sabtu, Oktober 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kadang kala, khabar angin bukan hanya kata - kata kosong semata - mata. Benarlah seperti kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang.

Dakwaan YB Kulim Bandar Baharu di Dewan Rakyat semalam dikatakan ada kebenarannya. Zulkeflli Noordin dalam kenyataan semalam menyatakan wujud pakatan haram diantara PKR dan DAP. Pakatan tersebut adalah diluar pengetahuan PAS.

Perkara tersebut turut diakui oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Kamaruddin. Beliau turut menyatakan sikap talam dua muka si Ketua Penipu, Anwar Ibrahim terhadap PAS selama ini.

“...Anwar sendiri dalam satu pertemuan tertutup pernah menyebut agar Pas tidak diberikan kuasa yang banyak di Pulau Pinang...Kalau Anwar sendiri tidak percaya terhadap Pas, apatah lagi anak-anak buahnya..."

Demikian yang dinyatakan oleh Mohd Fairus semalam.

Patutlah Semut pelik, kenapa kerusi Exco Agama dan Adat Istiadat Negeri Pulau Pinang tidak diberikan kepada PAS sedangkan mereka memiliki satu kerusi DUN disana. Adakah tidak layak bagi mereka, sebuah parti yang memperjuangkan Agama Islam menjawat jawatan tersebut?

Rupanya ada udang disebalik batu. nampak sangat taktik PKR dan DAP untuk menyingkirkan kuasa Melayu telah dilaksanakan walaupun sesama ahli Pakatan sendiri. Yang pemimpin PAS pulak, dok sibuk kata hubungan mereka 'Anjal', Ikhlas dan sebagainya. Mereka tak sedar bahawa mereka sebenarnya hanya menjadi unta tunggangan semata - mata.

Sampai bila PAS mahu membutakan mata dari melihat kebenaran ini? Sampai bila mereka sanggup menggadaikan maruah agama demi kepentingan pihak lain? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping