Jumaat, Oktober 29, 2010

...Undilah Barisan Nasional...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam perhubungan manusia dan terutamanya dalam masyarakat Melayu Malaysia, adanya nama timangan menunjukkan seseorang itu ada keistimewaan masing - masing. Nama timangan ini adalah bagi memudahkan masyarakat sekeliling mengenali dan mengasingkan mereka dengan yang lain.

Ianya juga mampu membuktikan bahawa seseorang itu rapat dengan masyarakat tempatan kerana hanya masyarakat dikawasan itu sahaja yang mengenali mereka dengan nama timangan tersebut.

Demikian juga dengan keadaannya calon Barisan Nasional bagi DUN Galas ini. Beliau juga turut memiliki nama timangan yang cukup dikenali dikalangan masyarakat setempat. Beliau yang turut dikenali dengan nama Aziz Limau kerana jasa beliau dikawasan Limau Kasturi.

Umum tahu, kawasan Limau Kasturi ini agak terpinggir dari kawasan yang mengalami pembinaan pesat yang lain. Malah ada juga drama yang suatu ketika dahulu ditayangkan di TV1 mengisahkan kawasan ini. Kini kawasan tersebut semakin hari kian membangun dengan adanya kemudahan - kemudahan asas.

Sebagai seorang yang pernah berkhidmat dan menabur jasa di kawasan RTP Limau Kasturi ini, sudah tentu sedikit sebanyak beliau turut memainkan peranan penting. Maka sebab itulah beliau diberi nama timangan Aziz Limau oleh penduduk setempat.

Sesungguhnya benarlah apa kata pepatah Melayu. Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Budi yang baik dikenang jua. Kelebihan inilah yang dicari bagi seorang pemimpin. Bukan setakat tinggi ilmu tetapi tidak tahu menghormati orang lain. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping