Jumaat, Oktober 29, 2010

"...Haha! Gua Belot, Siapa Tahu???..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Siapa sangka tindakan SAPP berkeras untuk meletakkan calon di Batu Sapi rupanya ada udang disebalik batu. Beliau yang juga merupakan Presiden SAPP itu mempunyai pelbagai kisah silam yang tidak diketahui umum.

Melalui maklumat yang diterima, YTL mempunyai hubungan baik dengan Datuk Pairin Kitingan dan pernah diberi kepercayaan penuh sebagai Timbalan Presiden PBS pada tahun 1989. Tahun berikutnya, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pula sehingga tahun 1994.

Dalam kedudukan itu beliau menjalinkan hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan. Hubungan ini adalah bagi mendapatkan dana untuk membangunkan Sabah pada ketika itu.

Kerana tidak mahu terbabit dalam kemelut dalaman PBS, YTL telah keluar dan meninggalkan 'mentor'nya lalu menubuhkan SAPP. Beliau turut mengepalai kumpulan yang mengkhianati Datuk Pairin Kitingan.

Dalam kesempatan pada tahun 2008, YTL mengumumkan 'hilang percaya' terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri. Ini tindakan 'hilang percaya' kedua yang dilakukan oleh YTL selepas Datuk Pairin Kitingan. hanya semata - mata beliau tidak dipilih sebagai calon dalam PRU ke 12 dan dilantik menjadi Senator.

Lihat bagaimana seorang yang gila kuasa sanggup melakukan apa sahaja. Bagaimana seorang pemimpin yang pernah diberi kepercayaan boleh bertindak menikam belakang 'mentor'nya yang turut menaikkan nama beliau dalam dunia politik? Malah beliau turut mengkhianati kepercayaan tersebut.

Bayangkan sekiranya beliau memegang amanah rakyat kelak? Apa yang dapat memastikan bahawa beliau turut tidak akan mengkhianatinya kerana jelas beliau sering kali mengulangi perbuatan tersebut?

Jika sudah namanya pembangkang, sama sahaja mereka ini. Baik pemimpin PAS, PKR, DAP mahu pun SAPP ini. Semuanya ibarat kacang lupakan kulit. Diberi pendidikan dan kerjaya di hospital kerajaan, dikhianati. Diberi peluang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri pun mereka mengkhianati. Mahukah kita terus dikhianati oleh orang sebegini? Wallahualam

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. ALA...YTL..MOU JADIKAN SABAH CINA....PUNYA...ADA TENGOK BERITA SEMALAM....KOMEN...MACAM MANA SAHAM SABAH YANG HANCUSSSSSS...JUTAAN RINGGIT DAN SAHAM....JUGA JUTAAN RM....SEMASA PEMERINTAHAN YTL...BOLEH BELAH LAH MOU BELA HAK SABAH KAH MOU KASI GADAI INI SABAH UNTUK ORANG CINA....PI LAH..YTL....JANGAN BIARKAN CINA YTL MENJAJAH SABAH....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping